Junta Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga akhir tahun ini.

Ia demi meningkatkan proses keamanan di negara itu bagi membolehkan usaha berkesan memerangi COVID-19 dilaksanakan.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara dan Ketua Komander Angkatan Tentera, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing telah mengumumkan keputusan itu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen di Nay Pyi Taw, Januari lalu.

Sementara itu, Pejabat Panglima Perkhidmatan Pertahanan Myanmar berkata, sejak 21 Disember 2018 hingga semalam, junta Myanmar telah mengumumkan penggantungan operasi ketenteraan sebanyak 20 kali.

Myanmar mengisytiharkan darurat selepas Presiden U Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, bersama-sama pegawai lain dari Liga Demokratik Kebangsaan ditahan oleh tentera pada 1 Februari 2021.

Kuasa negara dipindahkan kepada Min Aung Hlaing selepas pengisytiharan darurat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini