Selain itu, sempadan darat antara negara tersebut juga akan dibuka semula.

Untuk fasa pertama pembukaan, dijangka hanya ketibaan pelawat dari negara serantau sahaja apabila lapangan terbang dan sempadan dibuka semula.

Sebelum ini, Myanmar menggantung operasi penerbangan komersial antarabangsa , namun tidak termasuk penerbangan bantuan, perubatan dan penerbangan khas.

Pengeluaran semua jenis visa untuk warga asing dari semua negara juga digantung, berikutan dua kes positif COVID-19 sejak 23 Mac tahun lalu.

Kementerian Penerangan Myanmar sebelum ini menyatakan, sempadan darat dengan Thailand akan dibuka semula bulan depan.

Setakat Semalam;  lebih 10.4 juta penduduk Myanmar telah lengkap vaksin COVID-19, manakala lebih 4.91 juta sudah menerima dos pertama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini