Myanmar umum lanjutan darurat selama enam bulan lagi.

Majlis Pertahanan dan Keselamatan Myanmar membuat pengumuman tersebut semalam bagi mempersiapkan proses pilihan raya umum negara tersebut.

Kali pertama darurat diisytiharkan adalah pada Februari 2021, selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan termasuk kaunselor negara dan presiden.

Selepas Aung San Suu Kyi ditahan pada 1 Februari bersama pegawai parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang lain, pentadbiran Myanmar dikuasai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Aung Hlaing.

Pada 2 April 2021, sidang kemuncak ASEAN di Jakarta membincangkan situasi di Myanmar dan bersetuju dengan Konsensus Lima Perkara yang antara lain menggesa keganasan di Myanmar perlu segera ditamatkan.

Myanmar bergolak sejak 1 Februari 2021 apabila ketua angkatan tentera Jeneral Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan yang dipimpin Aung San Suu Kyi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini