Kerajaan sedang menyiasat ratusan syarikat yang dipercayai terlibat kegiatan penipuan bidaan perolehan awam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mendedahkan, penipuan bidaan telah kerap kali dibongkar kepada umum.

Justeru, kementerian bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memulakan usaha menangani isu tersebut.

MyCC dalam kenyataan semalam menegaskan individu atau syarikat yang terlibat akan disenaraihitamkan oleh Kementerian Kewangan untuk tempoh 5 tahun.

Ia berdasarkan Pekeliling Integriti dalam Perolehan Awam yang dikuatkuasakan Kementerian Kewangan mulai 1 Jun lalu, mesej bahawa kerajaan tidak akan bertoleransi dengan aktiviti kartel penipuan bidaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini