Sistem Pendaftaran OKU secara dalam talian (MyDaftar OKU) dilaksanakan sebagai  inisiatif menambahbaik Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU). Ia susulan setakat 30 September lalu hanya 582,944 golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding 4.8 juta anggaran sebenar OKU di negara ini.

Menurut Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun, MyDaftar OKU boleh memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada OKU dalam urusan pendaftaran sekali gus membolehkan kerajaan membuat perancangan teliti dan holistik dalam memastikan tiada yang tercicir daripada perhatian kerajaan.

Kementeriannya juga menyasarkan lebih 2,000 permohonan pendaftaran OKU baharu akan diterima dan kad OKU Digital diluluskan bulan depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini