Lebih ramai pakar robotik dan industri kreatif mampu menonjol di Kedah hasil himpunan anak muda melalui program MyDigitalMaker “MaiReka” 2021.
 
Program anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia M-DEC itu bakal berlangsung secara dalam talian pada 31 Oktober ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal  Ehwal Pengguna negeri Romani Wan Salin, Program tersebut bakal menjadi platform mengasah bakat dan kemahiran golongan muda dalam bidang teknologi digital dan multimedia kreatif.

Program MyDigitalMaker “MaiReka” 2021 mengandungi tiga segmen iaitu Bengkel, Seminar dan Pertandingan dalam usaha mencungkil bakat anak muda Kedah menerusi industri kreatif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini