Aplikasi MyKLIK dan RTM Mobile kini dikenali sebagai RTMklik.

Sebanyak tiga juta pengguna telah memuat turun aplikasi itu sejak ia dibuka Mac 2021.

RTM melancarkan Myklik pada 10 Jun 2010 iaitu tontonan percuma menerusi komputer riba dan peribadi.

Aplikasi RTMklik mempunyai enam saluran televisten RTM dan 26 stesen radio termasuk saluran terbaharu RTM iaitu Berita RTM, Sukan RTM dan TV6.
 
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ruzain Idris berkata platform itu selaras dengan pelaksanaan agenda transformasi digital melalui Pelan Strategik Jabatan Penyiaran 2021-2025.

Beliau ditemui pada Majlis pelancaran RTMklik yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Majlis dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini