Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) berperanan sebagai badan penyelaras berpusat bagi membangunkan keselamatan sosial negara yang komprehensif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ini berdasarkan keperluan kitaran hayat merangkumi dasar yang cekap dan berkesan.

Jelasnya, perkara itu juga perlu disokong dengan infrastruktur inklusif dan rangka kerja undang-undang yang lebih luas. 

Kerajaan kekal komited dalam membasmi kemiskinan melalui kerjasama yang lebih besar bersama agensi kerajaan dan badan berkanun.

Beliau berkata demikian semasa Pelancaran Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2021 secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini