Malaysia boleh menjadi salah satu daripada 20 ekosistem perusahaan permulaan terbaik dunia menjelang 2030 menerusi Pelan Hala Tuju Ekosistem Permulaan Malaysia (SUPER) 2021-2030.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ini berikutan SUPER digubal sebagai panduan kepada pembangunan ekosistem permulaan dengan maklum balas daripada lebih 300 pemain ekosistem untuk memacu ekonomi negara. MOSTI yakin dengan pelancaran SUPER, Malaysia akan berada dalam 5 Terbaik Asia dalam masa terdekat dan menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

Jelasnya dalam ucaptama pelancaran SUPER 2021-2030 dan Portal MYStartup.

SUPER menyasarkan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan meningkatkan pelaburan dalam teknologi mendalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini