Lima pendekatan pemasaran di bawah inisiatif pemasaran dan penjenamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) 5.0 berupaya untuk membantu perniagaan yang terjejas akibat COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, lima pendekatan itu adalah pemasaran yang dipacu data, ramalan, kontekstual, augmentasi dan ketangkasan pemasaran.

Merujuk Laporan Digital 2021 yang menunjukkan pengguna internet global mencecah 4.88 bilion, Datuk Seri Dr Adham berkata, usahawan perlu memahami kepentingan data untuk menganalisis trend semasa, meramal permintaan dan penawaran oleh pelanggan, memandangkan setiap perniagaan yang diceburi akan bersifat mampan dan kalis masa depan.

Apabila kemudahan ini diguna dengan kreatif dan inovatif, potensi penerimaan dan pembelian produk atau sesuatu perkhidmatan, sudah pasti lebih meluas.

Beliau menyatakannya, pada majlis pelancaran inisiatif pemasaran dan penjenamaan MySTIE 5.0 secara maya, yang diadakan bersama majlis perasmian Masterclass by Philip Kotler, yang dikenali sebagai Bapa Pemasaran Moden dari Amerika Syarikat.

Inisiatif pemasaran dan penjenamaan MySTIE 5.0, merupakan usaha sama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Akademi Sains Malaysia. Antara lain menitikberatkan penglibatan pelbagai pemegang taruh seperti agensi kerajaan, syarikat swasta serta peniaga kecil dan sederhana menerusi pendekatan senegara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini