Perodua menerima 3,000 tempahan untuk Myvi generasi ketiganya, sejak dibuka minggu lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, kereta kompak mampu milik paling laris itu akan dilancarkan secara rasmi menerusi platform media sosial Perodua, esok.

Pengeluaran bagi model tersebut telah bermula sejak 9 November lalu.

Manakala penghantaran ke Sabah dan Sarawak juga sudah dilakukan.

Bercakap dalam sidang media pratonton Myvi baharu, jelasnya ia ditawarkan pada harga RM45,700 hingga RM58,800 untuk Semenanjung Malaysia dan tidak termasuk insurans. 

Bulan lalu, Perodua menghasilkan 29,803 unit dan menjual 27,858 kenderaan, angka tertinggi pernah direkodkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini