Setiap jajahan atau daerah di Kelantan akan menerima peruntukan RM50,000 bagi pengurusan operasi harian sepanjang musim monsun timur laut.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, peruntukan sebanyak RM20,000 lagi turut diberikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk digunakan bagi membantu menguruskan bencana.

Katanya, peruntukan tersebut meningkat berbanding tahun lepas dan akan disalurkan dalam masa terdekat.

Datuk Dr Aminuddin memaklumkan, RM1.3 juta turut disalurkan kepada Kelantan bagi tujuan membaiki pusat pemindahan sementara, PPS.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditemui selepas Taklimat Persiapan Menghadapi Monsun Timur Laut di Bilik Gerakan, Kota Darulnaim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini