Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan memperincikan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pemindahan penduduk terjejas banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Perincian itu bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di kalangan penduduk terjejas banjir ketika berada di PPS.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah perlu menyediakan bilik pengasingan di setiap PPS bagi mengasingkan mereka yang bergejala.
 
Selain itu, mereka yang tidak bergejala perlu mematuhi SOP di PPS seperti mengimbas Mysejahtera, amalan penjarakan fizikal dan melakukan pemeriksaan suhu.
 
Sementara bagi yang bergejala, mereka perlu melakukan ujian saringan kendiri yang disediakan dengan pemantauan Pejabat Kesihatan Daerah.

Dalam pada itu, Nadma akan menyalurkan bantuan wang tunai RM550,000 kepada kerajaan negeri Pahang dalam tempoh terdekat bagi tujuan pengurusan bencana banjir yang akan melanda negeri itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini