Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mahu satu senarai lengkap kerosakan infrastruktur awam akibat bencana banjir disediakan segera pihak pengurusan bencana
negeri-negeri yang terlibat banjir. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata data tersebut  bagi membolehkan bantuan dari kerajaan persekutuan dan negeri dapat diselaras dan disegerakan. 

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Kuantan.
 
Dalam pada itu katanya, situasi banjir yang melanda negara lima hari lalu adalah pengalaman baharu kepada semua agensi terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini