NADMA menyalurkan RM400,000 peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bencana kepada penduduk terjejas bencana di Wilayah Persekutuan.

Sejumlah 400 keluarga pertama yang terkesan akan menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM 1,000.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata bantuan tersebut diagihkan hari ini.
 
Seramai 46 keluarga terjejas bencana tanah runtuh ditempatkan sementara di PPS SK Sg. Penchala dan 61 keluarga tinggal di luar PPS.

285 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Jalan Hamzah, Kg Baru adalah mangsa banjir di Jalan Batu Bata (13 keluarga), Kg Belima (21), Kg Chubadak Tambahan (14) dan Kg Bar termasuk Kg Periuk (237).
 
Manakala 11 keluarga juga turut menerima bantuan serta ditawarkan Unit Perumahan Awam (PA) sementara di PA Seri Johor ditempatkan di PPS Dewan Komuniti PA Seri Johor, Cheras.
 
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) juga telah membuat permohonan tambahan kepada NADMA untuk penyaluran bantuan Fasa kedua yang dianggarkan berjumlah RM1.3.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini