Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM106 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kerajaan negeri untuk diagih kepada penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

Nadma dalam satu kenyataan memaklumkan, lima negeri terkesan iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak telah selesai 100% agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.

Sebanyak 50,939 ketua isi rumah menerima bantuan secara tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) manakala 2,558 ketua isi rumah menerima serahan tunai di rumah dan 329 lagi menerusi transaksi terus ke dalam akaun.

Bagi ketua isi rumah yang terkesan banjir gelombang kedua, daripada 9,887 ketua isi rumah yang berdaftar, 921 telah menerima BWI.

Nadma turut memaklumkan daripada 57 kes melibatkan kematian yang dilaporkan, 40 waris telah menerima bantuan RM10,000 dengan 18 daripadanya menerima tunai di PKOB dan 22 waris lagi menerima melalui serahan di rumah.

Selain itu, menurut laporan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sejumlah 319 ketua isi rumah telah membuat permohonan baucar diskaun barang elektrik.

Ia ditumpukan khusus kepada pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar yang terkesan oleh banjir, dan tersenarai sebagai mangsa bencana oleh PKOB.

Untuk rekod hampir 80,000 isi rumah terkesan dengan bencana banjir kali ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini