Pelakon, Nadya Syahera mengakui perbincangan awal antara dia dan suaminya, Fizul Nawi bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka hampir berakhir dengan perpisahan.Bagaimanapun, Nadya memberi peluang kedua kepada Fizul selepas melihat keikhlasan suaminya untuk berubah menjadi baik.

Malah, dia membuat keputusan itu juga demi dua orang anak mereka.Terdahulu, kemelut rumah tangga Nadya mula menjadi perbualan netizen apabila dia mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan adik pengasas kosmetik dari Kelantan.###

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini