Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) diyakini berupaya membantu kerajaan dalam menangani masalah kenaikan harga ayam.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, inisiatif NAFAS dan ANGKASA untuk terlibat secara signifikan dalam industri ternakan ayam, selaras saranan Majlis Tindakan Ekonomi. Sekali gus memperkukuh kerjasama awam dan swasta.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, NAFAS menyasarkan untuk menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluaran 144 juta ekor ayam setahun, manakala ANGKASA 30 juta ekor ayam setahun.

Kedua-dua agensi juga lebih proaktif dalam industri penanaman jagung bijirin bagi mengurangkan kebergantungan import makanan ternakan tersebut. NAFAS juga telah mengenalpasti kawasan seluas 12,140 hektar di Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini ditanam dengan tanaman tembakau untuk tanaman jagung bijirin.

Manakala ANGKASA mengenalpasti kawasan seluas 4,000 hektar tanah di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Setiap hektar mampu mengeluarkan 5 tan jagung bijirin dan menampung 20 peratus keperluan import bijian itu dalam tempoh lima tahun ini.

Perdana Menteri membuat pertemuan dengan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS dan Anggota Lembaga ANGKASA bagi membincangkan langkah menjamin sekuriti makanan negara. NAFAS dan ANGKASA akan terlibat dalam keseluruhan ekosistem industri ayam sehingga bekalan sampai kepada pengguna.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini