Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) menawarkan diri menjadi pembekal sebagai cadangan mengatasi isu kekurangan bekalan ayam, telur dan minyak masak di pasaran.

Selain memiliki rangkaian luas, NAFAS dan ANGKASA berpengalaman menguruskan import dan eksport pelbagai barangan.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA dan NAFAS sedia bekerjasama membantu kerajaan mengatasi masalah kekurangan bekalan.

NAFAS memiliki 279 pertubuhan peladang kawasan (PPK) manakala ANGKASA mempunyai 3,000 premis supaya golongan B40 dapat terus membeli barang pada harga berpatutan.

Beliau bercakap kepada media di Kuantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini