Perkembangan kes hukuman mati rakyat Malaysia di Singapura.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan sudah pun membalas surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Surat memaklumkan bahawa Nagaenthran K Dharmalingam, telah menerima proses perundangan sewajarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini mengutus surat kepada rakan sejawatan di Singapura, meminta budi bicara pihak berkuasa Singapura memberikan Pengampunan Presiden kepada Nagaenthran.

Dalam suratnya, Datuk Saifuddin berkata Malaysia tidak boleh campur dari segi urusan dan proses undang-undang Singapura.

Nagaenthran ditahan pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis diamorphine seberat 42.72 gram dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 November 2010.

Dia dijadual menjalani hukuman itu 10 November lalu.

Bagaimanapun mendapat perintah penangguhan sementara selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini