Mayat salah seorang mangsa yang hilang dalam insiden pelanggaran Bot di Sungai Perlis dijumpai nelayan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata identiti mayat disahkan sebagai Mohd Faizal Hisyam Mat Taib.

Ia dijumpai kira-kira 20 meter dari lokasi pelanggaran.
 
Ketika ini, usaha mencari seorang lagi mangsa Abdul Rashid Md Derus yang masih hilang dipergiat.

Dalam kejadian Khamis lalu, bot dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah lagi bot menyebabkan ia karam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini