Lima sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Gambang-Muadzam, Kampung Pulau Manis, Pekan petang tadi. Kemalangan itu melibatkan pertembungan lori treler dengan sebuah kereta.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mereka yang maut menaiki kereta itu dikenal pasti seorang lelaki dan wanita dewasa, termasuk dua kanak-kanak perempuan serta seorang bayi.

Manakala, dua mangsa menaiki lori berkenaan selamat. Mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak hospital terdekat.