Seorang maut dan dua cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kereta  di Jalan Selarong Panjang- Sedim, Kulim, tengah malam tadi. Ketua Polis Kulim, Suprintenden Mohd Redzuan Salleh berkata semasa kejadian mangsa bersama rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pulau Pinang.

Ketika kejadian, kereta mangsa dirempuh oleh sebuah lagi kereta lain yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Akibat dari perlanggaran tersebut, mangsa tersepit dan maut dilokasi kejadian.

Rakan mangsa, mengalami kecederaan parah dibahagian kaki, manakala, pemandu yang merempuh kereta mangsa,mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini