Di Perak, tiga maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalanraya melibatkan dua kereta di kilometer 64 Lebuhraya Timur Barat berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa dekat Gerik, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Azizan Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.49 petang.

Dua mangsa yang maut, merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun dan wanita 24 tahun menaiki kereta yang sama. Manakala seorang lagi yang maut menaiki kereta berbeza.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini