Keputusan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan terhadap treler terlibat kemalangan yang mengorbankan lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak akan diketahui minggu depan.

Ia merangkumi samada kesalahan tersebut disebabkan kegagalan  komponen dan perlanggaran pada prosedur keselamatan kenderaan terlibat atau sebaliknya. 

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, semua maklumat berkaitan keselamatan  treler muatan besi itu dikumpul untuk memastikan ia mematuhi segala aspek  dan peraturan yang ditetapkan.
 
Turut diperiksa sama ada kenderaan itu sudah melalui ujian di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, Puspakom dan mematuhi semua spesifikasi. 

Dalam insiden awal bulan lalu , lima penuntut universiti itu rentung apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan, PLUS di Ipoh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini