Kematian Juruterbang Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy, berusia 31 tahun , dalam nahas pesawat BAE HAWK 108 , diklasifikasikan sebagai mati mengejut .

Manakala keterangan seorang lagi juruterbang yang terselamat belum diperoleh kerana sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan media memberitahu, laporan bedah siasat oleh pakar perubatan forensik mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan yang konsisten dengan nahas udara.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.07 minit malam kelmarin, pesawat yang dikendalikan dua juruterbang ketika menjalani latihan ‘Night Flying’ terhempas di atas Lapangan Terbang pengkalan udara Butterworth dan menyebabkan letupan.
 
Kedua-dua juruterbang berkenaan sempat keluar daripada pesawat dengan menggunakan kerusi anjal.
 
Bagaimanapun seorang daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini