Sebuah pesawat kargo Belarus terhempas ketika cuba mendarat di timur Rusia, semalam membunuh kesemua tujuh orang penumpang di dalamnya.

Pesawat buatan Soviet jenis An-12 yang dikendalikan oleh syarikat pengangkut Belarus Grodno itu, terhempas dan terbakar berhampiran Irkutsk, timur Siberia.

Laporan berita Rusia berkata, pesawat itu terhempas ketika membuat pendaratan kedua selepas gagal mendarat dalam percubaan pertama.

Punca nahas itu bagaimanapun belum dapat disahkan.

Pegawai Jawatankuasa Siasatan Belarus berkata, kru pesawat malang itu terdiri daripada tiga warga Belarus, dua warga Rusia dan dua warga Ukraine.

Pesawat itu berlepas dari Bilibino di wilayah Chukotka, timur laut Rusia dan membuat persinggahan di Yakutsk sebelum meneruskan perjalanan ke Irkutsk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini