Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan hampir satu bilion untuk menaik taraf fasiliti mesin pengimbas di lokasi-lokasi utama pintu masuk negara.Menteri, Lim Guan Eng berkata peruntukan itu juga adalah untuk pembelian 76 mesin pengimbas baharu dan 32 bot peronda bagi memantapkan lagi aktiviti kawalan negara.Perolehan untuk fasiliti dan aset ini, katanya bakal dibuat secara tender terbuka.Kementerian Kewangan mengakui Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pengumpulan hasil untuk kerajaan bagi membantu perkhidmatan awam dan operasi kerajaan dapat berjalan secara lancar.Beliau menyatakan demikian pada majlis perasmian Menaik Taraf Pejabat Bahagian Perkastaman dan Pengurusan serta Pelancaran Sistem e-Clearance, di bangunan Kastam Labuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini