Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, JPS memperuntuk RM32 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran mesra alam bagi mengurangkan risiko banjir di Sungai Suloh dan Peserai, Batu Pahat, Johor.

Projek terbahagi kepada dua fasa, melibatkan RM11 juta bagi fasa 1 manakala selebihnya untuk fasa 2. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil berkata, limpahan air yang berlaku akibat sistem saliran yang telah dipenuhi pasir.

Bagi mengatasinya pihak Selia Selenggara akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sebanyak dua kali setahun bagi mengurangkan kesan jangka pendek. Manakala bagi tempoh jangka panjang, pihak JKR dan agensi di peringkat daerah akan mengambil langkah perlu memastikan kejadian seumpama tidak berlaku.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini