Perbicaraan kes 1MDB.

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan berkaitan 1MDB.

Datuk Seri Ahmad Husni berkata beliau pernah meluahkan kebimbangan terhadap projek 1MDB kepada Datuk Seri Najib, namun tidak diendahkan malah memintanya tidak mencampuri urusan 1MDB.

Datuk Seri Najib Razak berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 15 Ogos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini