Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan melalui sepucuk surat yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron kepada peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan pihak pendakwaan.

Menurut surat berkenaan, permohonan Datuk Seri Najib adalah tidak dibenarkan.

Justeru, Mahkamah Rayuan Putrajaya memerintahkan agar kesemua pihak perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan.

Semalam, Datuk Seri Najib memohon kepada Mahkamah Rayuan agar melapangkan tarikh pada 8 Disember depan, kerana beliau berada di Singapura sehingga 5 Disember.

Sekembalinya dari Singapura, Datuk Seri Najib dikehendaki menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Disember.

8 Disember merupakan keputusan rayuannya berkaitan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda bagi kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini