Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu kerajaan Malaysia bertanggungjawab membayar hutang berjumlah 3 bilion dolar, sekiranya syarikat 1Malaysia Development Berhad – 1MDB gagal berbuat demikian.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB,Tan Sri Ismee Ismail memaklumkan perkara itu ketika merujuk kepada surat sokongan kerajaan kepada 1MDB pada 2013 yang ditandatangani Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu.

Dalam keterangannya, Tan Sri Ismee menyatakan kerajaan Malaysia mengambil maklum anak syarikat 1MDB, iaitu 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL) akan menerbitkan bon sebanyak 3 bilion dolar yang akan dibayar sepenuhnya pada 2023.

Surat tersebut menjelaskan sekiranya peminjam 1MDB GIL tidak dapat membayar maka syarikat 1MDB akan memberikan bantuan kewangan.

Selain itu, sekiranya 1MDB gagal untuk membayar hutang berkenaan, maka kerajaan Malaysia akan  membiayai 1MDB untuk membayar hutang tersebut sehingga selesai.

Menurutnya lagi, kelulusan untuk berbuat demikian dicapai pada Resolusi Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 12 Mac 2013 manakala surat sokongan dikeluarkan pada 14 Mac 2013.

Datuk Seri Najib berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion  melalui dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini