Nama rasmi jambatan angkat atau ‘draw-brij’ di Terengganu akan diumumkan ketika ia dibuka secara rasmi kelak. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ketika ini kerajaan negeri masih lagi berbincang mengenai nama rasmi jambatan tersebut dan pelbagai aspek sedang dipertimbangkan. Tegasnya, tarikh pembukaan jambatan tersebut secara rasmi juga belum diputuskan lagi.Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter yang mempunyai dua menara setinggi 16 tingkat itu dibuka untuk percubaan Ahad lepas hingga 17 Jun. Selepas tarikh itu, ia akan ditutup semula bagi pentauliahan komponen lain projek berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini