NASA umum 10 pelatih angkasawan baharu yang dipilih daripada lebih 12,000 pemohon. Mereka akan melapor diri di Pusat Angkasa Johnson, Texas Januari tahun depan dan menjalani latihan selama dua tahun.

Semua pelatih, berusia antara 32 hingga 45 tahun, akan belajar cara mengendali dan menyenggara Stesen Angkasa Antarabangsa, ISS. Mereka juga akan dilatih berjalan di angkasa, kemahiran robotik, mengendali jet latihan dan belajar bahasa Russia untuk berkomunikasi dengan angkasawan negara itu.

Selepas tamat latihan, mereka boleh dihantar dalam misi ke ISS atau angkasa lepas, termasuk rancangan NASA untuk kembali ke bulan dekad ini.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini