Golongan petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berterima kasih terhadap keprihatinan kerajaan membela nasib golongan pesawah yang rata-rata di bawah B40.

Ia susulan pengumuman peruntukan RM1.5 bilion dalam Bajet 2022 bagi subsidi benih, baja, dan pengeluaran padi.

Sementara itu, usahawan kecil yang menggunakan internet untuk memasarkan produk mereka turut bersyukur kerana kerajaan menaikkan Skim Geran Pendigital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada RM200 juta dengan RM50 juta dikhususkan untuk usahawan mikro bumiputera di luar bandar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini