Kesempitan hidup membuatkan seorang nenek terus bekerja bagi menyara enam cucunya, termasuk empat yang telah yatim piatu.

Azizah Embun, 65 tahun mencari pendapatan dengan menjual nasi lemak di kampungnya, Kampung Seri Ampangan, Kota Kuala Muda, Kedah selepas suami, anak dan menantunya meninggal dunia, beberapa tahun lalu.

Azizah turut tinggal bersama seorang anak perempuannya Azwani Afiekah yang juga seorang ibu tunggal.

Mereka bersama-sama menjaga empat beradik yatim piatu berusia 8, 13, 16 dan 19 tahun, juga dua anak kepada Azwani berusia 7 bulan dan 5 tahun.

Kepayahan Nenek Azizah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim.

Beliau berkata, bantuan keperluan harian berupa keperluan makanan akan disalurkan secara bulanan kepada nenek azizah.

Segala aspek kebajikan enam cucu turut akan dijaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini