Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan mengerahkan lebih 300,000 askar sebagai persiapan menghadapi ancaman Rusia.

Peningkatan itu sebagai tindak balas pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, 30 negara anggota menyifatkan Rusia sebagai ancaman terbesar.

Antara kebimbangan utama, kemungkinan Presiden Vladimir Putin menyerang Latvia, Lithuania dan Estonia.

NATO juga akan memperkukuh unit yang ditempatkan di lapan negara di timur dan tenggara Eropah bagi menghalang pencerobohan Kremlin.

Saiz pasukan juga akan ditingkatkan kepada tahap briged, penambahan antara 3,000 hingga 5,000 anggota tentera.

Lebih banyak senjata berat termasuk sistem pertahanan udara akan ditempatkan di barisan hadapan.

Manakala lebih ramai askar akan dikerah untuk mempertahankan anggota NATO tertentu.