Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai ini.

Beliau meraih slot tersebut selepas berupaya menempatkan diri dalam kelompok 32 terbaik ranking dunia.

Perkara itu disahkan Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil yang mahukan Nauraj sekurang-kurangnya melakukan lompatan setinggi 2.30 meter yang juga rekod kebangsaan miliknya untuk mara ke pentas akhir.

Jelas beliau, seandainya Nauraj berjaya, beliau menyamai pencapaian bekas atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei pada 2019.

Pada aksi 2019 di Doha, Qatar, Hup Wei menjadi atlet Malaysia pertama mara ke pusingan akhir sejak kejohanan dunia itu dipertandingkan pada 1938.

Dalam kejohanan itu, Hup Wei membuat lompatan setinggi 2.29 meter pada aksi pusingan kelayakan sebelum menamatkan kedudukan kelapan daripada 12 atlet dalam pusingan akhir. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini