Pelakon dan pengacara popular Neelofa selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital di ibu negara, pada jam 3.44 petang, Sabtu lalu.

Khabar gembira tersebut dikongsikan suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran PU Riz, menerusi satu kenyataan.

Menerusi kenyataan itu, PU Riz meluahkan kesyukuran kerana segala urusan menyambut cahaya mata pertama mereka dipermudahkan.

Malah, pasangan itu turut mendedahkan nama putera sulung mereka iaitu Muhammad Bilal Muhammad Haris.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini