Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI melancarkan Inisiatif Kenderaan Autonomi NanoMalaysia, NAVi.

Inisiatif di bawah NanoMalaysia Berhad ialah persediaan membangunkan teknologi yang berkaitan Revolusi Perindustrian Keempat.

Selain menyokong inovasi dan penerimagunaan 4IR, NAVi juga bertujuan menangani kadar dan punca kemalangan dalam negara yang semakin meningkat.

Kenderaan yang mencapai autonomi Tahap 4 ini mampu bertindak balas dengan cekap dalam menangani gangguan tumpuan dan refleks pemandu yang terhad.

Majlis perasmian NAVi dan demonstrasi NAVi-D disempurnakan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba di Technology Park, Bukit Jalil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini