Negara anggota Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina perlu meneroka peluang untuk memulihkan kembali nilai rantaian rentas sempadan yang terputus ekoran pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia sudah berusaha melaksanakannya kerana menganggap BIMP-EAGA sebagai platform penting membolehkan pembangunan serantau lebih seimbang dan inklusif.

Jelasnya, negara anggota seharusnya meneroka kemungkinan menggunakan pendekatan standard yang membolehkan individu sudah divaksin bergerak bebas dan selamat di sempadan.

Sejajar pelan berkenaan, kerjasama turut memfokuskan pewujudan pekan dan bandar yang selesa, menaik taraf prasarana akses serta rangkaian dan meningkatkan kerjasama serta penyelarasan antara pemegang taruh.

Pelbagai langkah akan terus diambil bagi menaik taraf prasarana akses dan ketersambungan dengan mempercepat pelaksanaan Projek Prasarana Utama di BIMP-EAGA.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini