Seluruh negara bakal dilengkapi Sistem Amaran Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara pada 2023 dengan 95 peratus ketepatan ramalan.

Jelas Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, sistem berkenaan akan mengeluarkan ramalan banjir tujuh hari sebelum ia melanda di kawasan terlibat.

Setakat ini, sistem amaran tersebut berada pada tahap uji kaji termasuk Pulau Pinang dan Kedah.

Datuk Seri Dr Zaini berkata demikian dalam sidang media lawatan kerja Perdana Menteri ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini