Setakat September tahun ini, nilai kehilangan cukai negara berikutan aktiviti penyeludupan meliputi rokok dan minuman keras tidak sah, berjumlah RM281.69 juta. Timbalan Menteri Kewangan Satu, Mohd Shahar Abdullah menyatakan jumlah perolehan kes rampasan rokok dan minuman keras tidak sah, sebanyak 2,518 kes.

Ia mencatatkan nilai keseluruhan 41.43 juta ringgit bagi tempoh sama. Tambahnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia melaksanakan pelbagai aktiviti dari semasa ke semasa bagi menangani aktiviti penyeludupan. Ini meliputi Ops Benteng, Operasi Sepadu Marin Kastam dan Ops PACAK.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini