Bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown menyifatkan tindakan negara-negara kaya menyimpan dos vaksin COVID-19  sebagai keterlaluan.

Ini berikutan, negara-negara miskin ketika ini berjuang untuk mendapatkan bekalan vaksin.

Brown yang merupakan utusan khas Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB), meminta Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan pemimpin negara G7 untuk segera menghantar bantuan vaksin ke negara miskin terutama Afrika.

Beliau mendakwa, negara barat menyimpan hampir 300 juta dos vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini