Sejak Januari 2022 hingga Sabtu lalu, sebanyak 82,846 kes HFMD dilaporkan di Malaysia. Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 23,305 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya, 9,540 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata tiga daripada keseluruhan kes yang dilapor, dimasukkan ke ICU.

Kes pertama dan kedua, dikesan mengalami komplikasi radang otak dan masih dipantau di ICU. Kes ketiga pula telah sihat dan dibenarkan pulang, 31 Mei lalu. 90 peratus kes HFMD yang dilapor membabitkan kanak-kanak enam tahun ke bawah. 8 peratus lagi, kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun. Selebihnya, individu 12 tahun ke atas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini