Negara-negara benua Eropah diminta bersiap sedia menghadapi ‘lonjakan besar’ kes COVID-19 akibat penularan varian Omicron.

Ketua WHO Eropah, Hans Kluge meramalkan dalam masa beberapa minggu lagi, Omicron akan menjadi varian dominan di banyak negara di rantau itu yang akan meningkatkan lagi tekanan pada sistem jagaan kesihatan.

Penduduk dinasihat mendapatkan dos penggalak dan suntikan perlu diberikan kepada individu yang paling terdedah. Dos penggalak adalah satu-satunya benteng pertahanan paling penting terhadap Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini