Pencapaian Malaysia menjadi negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing dalam Indeks Peluang Global Milken Institute 2022 bukti keazaman, komitmen dan langkah proaktif kerajaan membangunkan dasar kukuh dan memacu pembaharuan berterusan.

Ia tanda keyakinan pelabur asing terhadap ekosistem perniagaan dan kerancakan ekonomi negara.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kejayaan negara mencatat skor melebihi penilaian purata dalam kalangan pasaran baru muncul negara membangun merentasi kesemua 14 subkategori turut mencerminkan keberkesanan usaha MITI.

Ini menjadi pendorong meningkatkan inovasi, mencipta pekerjaan dan daya saing di peringkat global.

Ia selaras komitmen mengukuhkan rangka kerja institusi dan integrasi serantau.

Terutama menerusi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau; RCEP serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik; CPTPP yang akan diratifikasi tidak lama lagi.

MITI komited mencari peluang bidang pertumbuhan baharu, menjalin kerjasama erat bersama industri dan menarik lebih banyak pelaburan strategik bagi mengekalkan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan paling menarik.

Usaha memacu pertumbuhan menerusi dasar yang pragmatik dan mesra perniagaan yang akan memupuk iklim pelaburan menarik dan kondusif juga akan diteruskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini