Negara perlu terus melahirkan graduan tempatan berkebolehan untuk mengisi pekerjaan bernilai tinggi dalam bidang strategi pertahanan dan keselamatan yang kian dinamik.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memainkan peranan penting untuk mencapai tujuan tersebut.
Baginda bertitah ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-11 UPNM di ibu negara, pagi tadi.
Berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.