Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau di negeri itu berkuat kuasa esok.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jemaah tidak lagi diwajibkan membawa sejadah bersaiz standard selain aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliah, tazkirah dan ceramah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, jemaah masih wajib memakai pelitup muka dengan sempurna sepanjang berada dalam ruang masjid dan surau yang tertutup.

Ibadah korban sempena Aidiladha juga dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negeri.

Pemohon atau penganjur perlu membuat permohonan melalui sistem e-qurb@NS bermula esok hingga 3 Julai.

Jemaah juga dibenarkan merapatkan saf ketika solat sunat Aidiladha namun pemakaian pelitup muka diwajibkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini