Tahun ini, Mukim Ampangan dan Rompin dijadikan tumpuan program penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) bagi membanteras masalah penyalahgunaan dadah dalam komuniti di Negeri Sembilan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, usaha tersebut dapat dijayakan menerusi kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti bagi memastikan usaha penghijauan KBT dapat dicapai.

Pada 2019, Projek Penghijauan Felda Sungai Kelamah, Tampin telah dilaksana dengan menyasarkan pencapaian pada 2023.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan di Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini